PRESS RELEASE

KAT ROSHAN UNVEILS A SOFTER SIDE THROUGH “CINTA PUTIH”

PUBLISHED BY: UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 16 April 2024 – After marking a personal milestone last year by collaborating with Korean star Su Jin through her single ‘Going Crazy Wild’, Malaysian rising star Kat Roshan returns with another musical offering for her fans.

This time, Kat Roshan unleashes a beautiful ballad called ‘Cinta Putih’ which was written by the renowned Indonesian composer and producer, Chossy Pratama. “I worked with him for the very first time at the age of 13. He graciously rearranged the song, “Rasa” for me which became my first release in 2019. The song and its lyrics moved many emotions in me just like this new song, ‘Cinta Putih’,” chimed Kat Roshan.

Cinta Putih’ which directly translates to ‘white love’ basically implies ‘pure and innocent love’.

“However, Pak Chossy said I was free to interpret the ballad according to how I feel, and the emotions will show when I sing it. When I first recorded the demo, I was moved to tears with the melody and lyrics. I felt blessed that there was so much love surrounding me and I realised how much love there was inside of me,” she explained.

According to Kat Roshan, Pak Chossy had basically taken her style of writing and incorporated it into “Cinta Putih”. “Initially, he told me that he had no lyrics nor a concept to write about. However, he said that he could relate to one of my previous English releases, “Oasis”, which he had produced as well. In the Oasis music video, I was in a colourful outfit and that inspired him to write a song about the opposite and pure white (‘putih’ in Malay/Indonesian) was what came out!

“I am very thankful to Pak Chossy for making the arduous journey from Dili in East Timor, then transiting in Jakarta and finally arriving in KL to direct me during the recording of “Cinta Putih” and another song, “I Believe” which I hope to release in the next half of the year,” Kat Roshan added.

Pak Chossy who turns 73 this year also brought his talented daughter, Aubrey who wrote the string quartet for this song.

“My mentor, Mr. Ong Peng Chu, who is one of Pak Chossy’s oldest friends in the music industry was also present to lend his support. We recorded the song at Starmount Studios, under the production of Mr. Alex Lee whose studio was where I had recorded ‘Rasa’ and multiple other songs. The Lyric Music Video was produced by Nor Mikhail, who is also one of the talents in my past video, ‘One Day From Today’. Mikhail was comprehensive in his feel of the song and the direction of the final product that you see,” said Kat Roshan.

Kat Roshan hopes that her listeners will be moved by the powerful emotions of love in this song and can channel this positivity in their daily lives. This is also her second Malay song, and she hopes that her listeners will enjoy it.

Cinta Putih is set for release on all digital platforms such as Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer and Youtube Music on the 16 April 2024, with the music video on Universal Music Malaysia official YouTube channel.

Bahasa Melayu

KUALA LUMPUR, 16 April 2024 – Selepas kejayaan peribadinya tahun lalu hasil kerjasama dengan bintang Korea Su Jin menerusi lagu ‘Going Crazy Wild’, bintang asal Malaysia yang sedang mencipta nama, Kat Roshan kembali dengan sebuah lagi buah tangan muzikal untuk peminatnya.

Kali ini, Kat melancarkan balada indah berjudul ‘Cinta Putih’ yang ditulis oleh komposer dan penerbit terkenal Indonesia, Chossy Pratama. “Saya bekerja dengan beliau buat pertama kali pada usia 13 tahun dahulu. Beliau telah berbesar hati menyusun semula lagu, ‘Rasa’ untuk saya yang menjadi karya pertama saya pada 2019. Lagu dan liriknya menggerakkan banyak emosi dalam diri saya sama seperti lagu baharu ini , ‘Cinta Putih‘,” ujar Kat Roshan.

Cinta Putih‘ sebenarnya membawa erti ‘cinta yang murni dan masih suci’.

“Bagaimanapun, Pak Chossy berkata saya bebas mentafsir lagu balada itu mengikut perasaan saya dan emosi itu akan terserlah apabila menyanyikannya. Semasa saya merakamkan demo itu, saya terharu dengan melodi dan liriknya. Saya berasa dihargai kerana terdapat begitu banyak cinta yang mengelilingi saya dan saya menyedari betapa banyak cinta juga yang ada dalam diri saya,” jelasnya.

Menurut Kat Roshan, Pak Chossy pada dasarnya telah mengambil gaya penulisannya dan memasukkannya ke dalam “Cinta Putih”. “Pada mulanya, beliau memberitahu saya bahawa beliau tidak mempunyai lirik mahupun konsep untuk ditulis. Walau bagaimanapun, beliau mendapat sentuhan ilham dari salah satu lagu Inggeris saya sebelum ini, “Oasis”, yang pernah beliau terbitkan untuk saya juga. Dalam video muzik Oasis, saya memakai pakaian berwarna-warni dan itu memberi inspirasi kepada beliau untuk menulis lagu tentang sesuatu yang bertentangan dan hasilnya adalah warna putih bersih!

“Saya berterima kasih kepada Pak Chossy kerana sanggup meredah perjalanan yang sukar dari Dili di Timor Timur, kemudian transit di Jakarta dan akhirnya tiba di KL untuk mengarahkan saya semasa rakaman ‘Cinta Putih’ dan sebuah lagi lagu iaitu, “I Believe” yang saya harap akan dikeluarkan pada bahagian kedua tahun ini,” tambah Kat Roshan.

Pak Chossy yang menginjak usia 73 pada tahun ini turut membawa anak perempuannya yang berbakat, Aubrey yang juga penulis kuartet string untuk lagu ini.

“Seorang lagi mentor saya iaitu, Encik Ong Peng Chu, yang merupakan salah seorang kawan lama Pak Chossy dalam industri muzik turut hadir memberi sokongan. Kami merakam lagu ini di Starmount Studios, di bawah penerbitan Encik Alex Lee yang studionya merupakan tempat saya merakam ‘Rasa’ dan beberapa lagu lain. Video lirik dan muzik pula dihasilkan oleh Nor Mikhail, yang juga merupakan salah seorang pelakon dalam video muzik terdahulu saya iaitu, “One Day From Today”. Mikhail sangat komprehensif dalam penghasilan gaya visual lagu dan hala tuju produk akhir yang anda lihat,” kata Kat Roshan.

Kat Roshan berharap pendengar akan terharu dengan emosi cinta yang kuat dalam lagu ini dan dapat menyalurkan rasa positif ini dalam kehidupan seharian mereka. Ini juga merupakan lagu berbahasa Malaysia keduanya dan berharap pendengar akan menikmatinya.

Cinta Putih boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 16 April 2024, muzik video juga ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia pada 16 April 2024.